Majlis pernikahanku berlangsung pada tanggal 14 November 2008 iaitu bersamaan 16 Zulkaedah 1429, iaitu pada petang Jumaat selepas solat Asar. Majlis akad nikahku dijalankan di Masjid Kg.Kuar Jawa,Alor Janggus Kedah. Sebelum majlis tersebut berlangsung, aku dibawa oleh sahabat serumahku iaitu Azira. Dialah yg bertungkus lumus membawaku ke tempat bersiap sehinggalah selesai majlisku itu. Ucapan terima kasih ku yang tidak terhingga kepada Azira kerana begitu setia disampingku sepanjang hari tersebut.
................................
Setibanya aku di rumah ayahku, aku terus dibawa ke Masjid Kg. Kuar Jawa kerana rombongan pihak lelaki telah tiba di sana. Di sana, aku bersua dengan teman-teman sekerjaku iaitu Kak Liza (HEA), Kak Nisah, Kak Lina, Kak As, dan Kak Liza (time ni Kak Liza tengah sarat mengandung anak ketiga). Terima kasih yang tidak terhingga juga buat mereka kerana sudi datang.
..............................
Ramai yang sudah menunggu ketibaanku setibanya aku di masjid iaitu ayahku, anak sedaraku(Kak Yong), kakak ku, abg ku, serta abg-abg iparku dan rombongan dari pihak tunangku. Setibanya aku di masjid, aku tercari-cari di manakah tunangku?yang ada di situ adalah seorang lelaki asing yang juga memakai baju melayu putih, bersongkok dan bersampin. Pelik jugak ku rasakan. Rupa-rupanya, pada petang tersebut,ada dua majlis akad nikah iaitu 2 pasangan. Leganya.
............................
Majlis akad nikahku terus berlangsung sejurus sahaja sebaik aku menandatangani surat nikah tersebut. Sejurus sahaja selesai akad nikah, aku sah bergelar isteri kepada suamiku iaitu Muhamad Kamalrulzaman bin Zainol. Alhamdulillah, syukur. Tidak ku sangka saat itu aku sudah bergelar isteri. Setelah selesainya majlis itu, kami mulai dengan sesi menyarung cincin,menyerahkan wang hantaran dan mas kahwin serta sesi bergambar dan terus pulang ke rumah ayahku. Saat itu aku sedar, aku sudah mempunyai tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Walaubagaimanapun, aku sangat gembira dengan gelaran baruku sebagai isteri kepada suami yang ku sayangi.
Oleh : Nurulhuda Bt. Abd. Kadir

Tahniah..dari sorang..berdua..akan bertiga dan seterusnya..mudah2an Jodoh kalian berpanjangan hingga ke alam Akhirat...jaga diri baik2..harap hang tak lupakan K.Eit...kalau ada salah silap minta maaf bnyak2..thanks sebab sudi jd adik kak eit kejap..sepanjang akak ade kat UTARA nih.Good Luck and All The best..
ReplyDelete"DARI SELATAN SINGGAH KE SHAH ALAM..TUMPANG DUDUK KAT UTARA BALIK SEMULA KE SHAH ALAM(insyaAllah)..TAK TAU TUTUP MATA KAT MANA"