Saturday, November 14, 2009

orkid edit

Monday, November 9, 2009

Thursday, October 29, 2009

Post Pertama Fotografi


Assalamualaikum. Sepertimana yang saya janjikan sebelum ni, saya dah set up blog baru yang akan memuatkan hal- hal yang berkaitan dengan fotografi. Sudi- sudilah menjenguk jika berkelapangan. Klik link dibawah untuk ke blog tersebut. Terima Kasih.

http://photons-art.blogspot.com

Sunday, October 25, 2009

Selangkah Lagi


Setelah empat bulan aku membeli canon 400D, InsyaAllah, dalam masa 2 atau 3 bulan lagi aku akan updrage kepada samada 7D ataupun 5D, model yang telah dicipta untuk kualilti dan prestasi. Aku dah bersedia untuk lebih serius dalam bidang ini. Keyakinan ini datang setelah mendapat banyak tunjuk ajar daripada semua sifu yang mahir dan berpengalam dalam bidang fotografi.

Terbaru, aku sedang mengikuti kursus Fotografi yang dianjurkan oleh Jabatan Kimia Malaysia, khusus untuk mendedahkan para peserta dengan teknologi dan teori- teori terkini berkaitan fotografi. Dua orang jurugambar terkenal dari Amerika telah dijemput khas untuk memberi kursus yang merangkumi teori dan praktikal selama 2 minggu. Terima kasih tidak terhingga kepada Mr. Jeff dan Mrs. Claudine yang telah banyak mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman yang amat berharga.

Bagi menyebarkan segala ilmu yang telah aku pelajari, InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan mewujudkan sebuah blog yang khusus membincangkan teori- teori berkaitan fotografi dan teknologi yang berkaitan dengannya. Semoga kita sama- sama mendapat manfaat daripadanya.

Syukur Alhamdulillah


31 Ogos 2009


8.00 pagi

Aku rasa sakit perut. Perut jadi mengeras. Perut aku selalu jugak mengeras sebelum ni, tapi tak lah pernah rasa sakit macam kali ni. Aku teringat org kata, bila sakit perut dan ada rasa mcm nak membuang, tapi tak membuang, itu tanda- tanda awal nk bersalin. Tapi xda pulak keluar darah atau air ketuban. Aku masih ragu- ragu samada aku sakit nak bersalin atau sakit biasa je. Disebabkan tak pasti, aku tangguhkan dulu untuk beritahu suami aku.




9.00 pagi

Sakit belum hilang. Aku terfikir nak tengok tempoh masa antara sakit dan tak sakit. Bila aku set masa, sakit aku rupanya datang selang setiap lebih kurang 10 minit. Setiap lebih kurang 10 minit, perut aku akan mengeras dan sakit. Aku rasa ini mungkin disebabkan contraction. Aku fikir, dah sampai masanya aku beritahu suami aku. Nak tahu apa reaksi suami aku bila aku beritahu? Hehe, Dia TERSENYUM !!! Dia kata, pandai sungguh baby pilih tarikh nak keluar. Pastu dia tanya nak pi hospital sekarang ke? Aku minta dia tggu kejap, nak pastikan lagi sakit ni adalah sakit bersalin. Bukan apa, aku nak pastikan betul2 sebab dah pernah sebelum ni sakit, masuk hopital, lepas tu doktor kata belum nak bersalin lagi. Kena balik rumah semula, hehe.



10.30 pagi

Sakit kat perut masih tak berkurang. Berulang- ulang. Aku dah makin pasti sakit ni memang sakit nak bersalin. Aku beritahu suami aku, eloklah kalau nak pergi ke hospital. Dengan serta merta, semua jadi kalut. Mak metua aku, suami aku, jadi cemas. Mak Mertua aku minta aku makan siap2, untuk tambah tenaga sebab kalau dah masuk wad nanti, memang dah tak boleh makan lagi. Aku pun makan lah. Makan ala kadar. Bermulalah hari aku tak puasa sehingga habis ramadhan.




11.30 pagi

Selesai je memuat naik semua 'kargo' ke dalam perut myvi, kami pun bertolaklah ke hospital sultanah bahiyah. Aku ni kalau nak pergi ke mana2, memang banyak barang yang akan diangkut bersama. Macam nak pergi hospital ni, barang yang aku bawa cukup untuk keperluan 9 bulan, hehe. Dalam perjalanan, aku sempat minum air penawar yang dibuat oleh pakcik omar, seorang ustaz di kampung suami aku. Fungsinya macam air selusuh lah lebih kurang.




12.30 tghari

sampai di Hospital Sultanah Bahiyah. Kami ke tempat pendaftaran.kemudian,aku disuruh masuk ke tempat pemeriksaan sebelum dibenarkan ke dewan bersalin. Suami dan mak mertua aku menunggu di dewan menunggu.



1.30 petang

Setelah diperiksa,rupa-rupanya bukaan dah terbuka 4cm.doktor beritahu mereka akan pecahkan air ketuban sebelum dibawa masuk ke dewan bedah. Di sebelah aku ada seorang cina yang bukaannya pun dah 4 cm. Memandangkan dewan bedah pada hari tu penuh, aku disuruh menunggu dulu sebelum dapat masuk.




2.00 petang

aku keluar untuk berjumpa sebentar dengan suami sebelum dibawa masuk ke dewan bedah. Aku memberitahunya tentang saiz bukaan yang dah 4 cm. suami aku kemudian memberi air penawar untuk diminum sekali lagi sebelum masuk ke dewan bersalin.katanya,nanti xde tenaga pulak,hehe.




2.30 petang

aku masuk semula ke bilik pemeriksaan yang aku masuk tadi.bila aku masuk,wanita cina tadi telah ditolak ke dewan bedah.sepatutnya aku yang masuk dulu,tp oleh kerana aku tiada masa nama dipanggil, wanita cina tu yang dibawa dulu.sementara menunggu nama aku dipanggil,s uami dan sahabat-sahabat aku menelefon untuk memberi kata-kata perangsang. sesungguhnya aku amat takut pada waktu ni. mujurlah juga suami aku ada pada hari aku sakit.kalaulah dia tak ada waktu ni,tak tahulah macam mana aku nak hadapinya.




3.00 petang

doktor menyuruh aku menukar baju. Lepas tu doktor memecahkan air ketuban. banyak air ketuban yang keluar.darah pun keluar sekali. waktu ni,tak tahu nak cakap mcm mana,rasa takut teramat sangat sampai habis sejuk seluruh badan. aku sempat memberitahu doktor bahawa aku takut sangat2.doktor tu senyum ja,katanya jgn takut, semua wanita melaluinya.dan dia berpesan, nanti dengar kata nurse bila dah berada dalam dewan bedah.




4.00 petang

setelah ada kekosongan di dewan bersalin,aku pun ditolak masuk ke bilik bernombor 16.aku semakin takut bila dah berada di dewan bersalin ni.Pastu nurse pulak cakap anak sulung memang lama proses bersalinnya. Katanya lagi, bukaan hanya akan bertambah 1 cm bagi setiap jam. huhu. aku sekali lagi meluahkan rasa takut kepada nurse.Dari jauh aku dapat melihat nurse menyediakan peralatan yang diperlukan untuk proses bersalin nanti.antaranya gunting. huhu,takutnya aku.




4.30 petang

pada waktu ni doktor datang dan memeriksa buku merah. kemudian doktor menyuruh nurse menyuntik ubat.aku pun tak tahu ubat apa,tp mungkin ubat untuk mempercepatkan proses bersalin agaknya. selepas nurse menyuntik ubat tu, tak lama kemudian sakit yang aku rasa sebelum ni jadi lebih kerap berbanding sebelumnya. dalam masa 5 minit, sakit yang aku rasakan semakin kerap dan semakin sakit.




5.30 petang

Makin lama makin kuat sakitnya. sakit sangat .Aku beritahu nurse yang aku tak tahan. beberapa minit kemudian nurse menyuntik ubat tahan sakit. walaupun rasa macam kurang sikit sakitnya, tapi ia tak bertahan lama.tak lama lepas tu, sakit yang seperti tadi datang semula.rasa macam nak meneran. tapi pada masa yang sama terasa nak tertidur pun ada.




6.30 petang

waktu ni rasa nak meneran tu makin menjadi-jadi.bila ada nurse yang masuk,aku beritahu yang aku sakit sgt dan aku rasa nak teran.nurse tu kata belum sampai masa lagi. Lama lagi katanya. kemudian dia pun memeriksa bukaan. Bukaan aku dah pun terbuka 8 cm. tp waktu tu dia memarahi aku.katanya,jangan teran lagi,servik dah bengkak. aku tak tahu nak cakap macam mana,tp memang rasa nak meneran sangat- sangat.rasa mcm baby dah nak keluar.




6.45 petang

Dua orang nurse masuk memberitahu aku bahawa doktor akan datang memeriksa. waktu itu nurse memberitahu aku supaya duduk mengiring untuk mengurangkan kesakitan.tak lama kemudian, doktor pakar tersebut datang memeriksa. kata doktor, dah terbuka 9cm. Maknanya hanya tinggal 1 cm je lagi.




7.00 malam

waktu ni aku cuba tabahkan hati dan tenangkan diri.Dalam hati aku memujuk diri untuk bersabar dan bertahan. Dah tak lama. sket je lagi. aku sentiasa berdoa agar semuanya selamat. untuk mengurangkan kesakitan,aku sentiasa membaca ayat ni,"la ila ha illa anta,subha naka inni kuntum minazzholimin".




7.30 malam

saat ini terasa sakit yang teramat sgt. Sehingga aku pegang kuat- kuat besi katil. rasa macam nak tercabut besi tu.tak lama kemudian,nurse datang memberitahu bahawa doktor akan datang periksa bukaan sekali lagi pada pukul 7.45 malam. oleh kerana terasa sakit yang tak tertahan lagi,aku pegang tangan nurse tu dan cakap yang aku sakit sangat2 .tp nurse tu cakap belum lagi.




7.45 malam

tunggu punya tunggu,doktor yang dijanjikan untuk datang memeriksa tak juga datang. sakitnya aku waktu ni memang dah tak tertanggung lagi dah. sampai pada satu tahap, ntah nape rasa semacam je. aku rasa sendiri,terasa macam ada sesuatu nak keluar.aku pun menjerit memanggil nurse kerana waktu itu tiada nurse yang berhampiran.mujurlah ada nurse terdengar. nurse terus datang tanya kenapa? aku terus cakap dah nak keluar ni.nurse tu pun check, rupanya betul baby dah nak keluar.terus nurse buat sesuatu,aku pun tak tahu apa yang dibuat sbb aku tak nampak.pastu aku terasa macam ada sesuatu sedang keluar.kemudian,nurse menyuruh aku meneran.




8.00 malam

Akhirnya, dengan susah payahnya, berbekalkan saki baki tenaga yang masih ada, setelah 3 kali teran, keluarlah bayi kami tepat pada jam 8.00 malam. Alhamdulillah,lega rasanya. pada waktu ni, segala kesakitan aku bagaikan telah hilang entah ke mana. sebelum nurse membawa anak aku keluar,aku sempat mendakap putera kesayangan aku itu.syukur teramat sangat kerana aku telah melahirkan bayi yang sihat, malah secara normal dan tanpa sebarang komplikasi. Syukur Alhamdulillah.




Friday, September 25, 2009

Air Ditemui Di Bulan

Hari ini dalam sejarah. Kapal Angkasa India, Chandrayaan telah mengesan kehadiran air di permukaan bulan. Memang gempar! Tak disangka- sangka, air boleh wujud di bulan, walaupun dalam keadaan yang ekstrem dan tanpa tarikan gravity yang mencukupi. Sejenis alat yang dikenali sebagai Moon Mineralogy Mapper (M3) yang dibangunkan oleh pihak NASA telah menganalisa spektra dari instrument yang digunakan yang menunjukkan kehadiran atom hidrogen dan oksigen yang telah terikat bersama- sama. Memang suatu penemuan yang amat bersejarah. Turut diberitahu ialah jumlah air yang ditemui adalah banyak. Nampaknya, suatu hari nanti mungkina manusia akan mampu untuk mewujudkan populasi manusia di bulan. Syabas India. Syabas NASA. Bak kata tajuk sebuah akhbar di india, 'One big step for India, A Giant Leap for Mankind. Syabas!!!

Thursday, September 3, 2009

Muhammad Khawarizmi

Kami berdua dah naik pangkat! Rasa masih tak percaya. Tapi itu lah hakikatnya. Dah masuk hari yang ke 3 aku dan huda bergelar bapa dan ibu.

Paling mengharukan, Allah sememangnya terlalu pemurah kepada aku. Tak pernah aku terfikir anak pertama aku ni akan dilahirkan pada bulan dan hari yang amat signifikan kepada islam dan negara, iaitu pada bulan Ramadhan, pada tanggal 31 Ogos!

Paling mengharukan, anak aku telah selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Syukur Alhamdulillah, huda dan anak kami sihat walafiat! Syukur Alhamdulillah!

Nak tahu detail semua cerita, tunggu huda karang nanti :) Aku yakin banyak cerita menarik yang dia nak kongsikan.

Ni serba sedikit info berkenaan anak kami :

Nama : Muhammad Khawarizmi Bin Muhamad Kamalrul zaman
(Nama ni aku dah daftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara siang tadi)

Tarikh Lahir : 31 0g0s 2009

Masa Lahir : 8.00 malam

Berat : 3.39 kg

Panjang : 50 cm


Ni aku sertakan beberapa keping gambar yg aku ambik. Ada banyak lagi. Tapi aku upload yg ini dulu.

:)

Sila klik link di bawah untuk melihat gambar



Sebahagian Koleksi Gambar Perkahwinan