Thursday, September 3, 2009

Muhammad Khawarizmi

Kami berdua dah naik pangkat! Rasa masih tak percaya. Tapi itu lah hakikatnya. Dah masuk hari yang ke 3 aku dan huda bergelar bapa dan ibu.

Paling mengharukan, Allah sememangnya terlalu pemurah kepada aku. Tak pernah aku terfikir anak pertama aku ni akan dilahirkan pada bulan dan hari yang amat signifikan kepada islam dan negara, iaitu pada bulan Ramadhan, pada tanggal 31 Ogos!

Paling mengharukan, anak aku telah selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Syukur Alhamdulillah, huda dan anak kami sihat walafiat! Syukur Alhamdulillah!

Nak tahu detail semua cerita, tunggu huda karang nanti :) Aku yakin banyak cerita menarik yang dia nak kongsikan.

Ni serba sedikit info berkenaan anak kami :

Nama : Muhammad Khawarizmi Bin Muhamad Kamalrul zaman
(Nama ni aku dah daftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara siang tadi)

Tarikh Lahir : 31 0g0s 2009

Masa Lahir : 8.00 malam

Berat : 3.39 kg

Panjang : 50 cm


Ni aku sertakan beberapa keping gambar yg aku ambik. Ada banyak lagi. Tapi aku upload yg ini dulu.

:)

Sila klik link di bawah untuk melihat gambar



4 comments:

  1. wahh!!! tahniah2!! dah jadi bapa kawan aku nie, rasa macam semalam jer aku jadi pegapit korang berdua...

    semoga Muhammad Khawarizmi dapat menyumbang kepada dunia seperti Al-Khawarizmi yang terkenal tu...

    ReplyDelete
  2. sori2, gambar tak load pulak semalam. knapa ntah. skrg dah ok dah.

    ReplyDelete
  3. tembamnye die..ibu ayah nye kurus je..
    hehehe..

    ReplyDelete

Sebahagian Koleksi Gambar Perkahwinan