Erm, hari pertunanganku ialah pada 26 April 2008 iaitu jatuh pada hari Sabtu. Dua hari selepas kursus induksi ku. Jadi, oleh kerana majlis pertunangan ku sangat suntuk, aku buat ala kadar aje.tp sebelum majlis, aku mmg awal-awal lagi dah beli barang2 untuk dijadikan hantaran.
.............................................................................................
Majlis pada hari tersebut berlangsung secara sederhana saja. Hanya keluarga teredekat yang dijemput. Majlis tersebut berlangsung di rumah ayah, di Kg Kuar Jawa, Alor Janggus,Kedah. Aku datang bersama-sama dengan sahabat-sahabatku yang tinggal serumah iaitu Azira, Kak Naim dan Kak It. Mereka adalah sahabat-sahabatku yang sentiasa bersama ku sepanjang majlis sehinggalah majlis perkahwinan ku.
.............................................................................................
Syukur Alhamdulillah kerana majlis tersebut berlangsung dengan jayanya. Hantaran 5 berbalas 7. Tunang ku juga datang semasa majlis pertunangan itu.tapi,gambar tidak sempat diambil bersama dengan tunangku. Terima kasih diucapkan kepada seluruh keluarga dan sahabat-sahabatku yang telah bersusah payah sepanjang majlis pertunanganku berlangsung. Saat yang sangat manis dan bermakna dalam diriku.
Oleh : Nurul Huda Bt. Abd. Kadir @ Saad

No comments:
Post a Comment